anda pecinta kucing??.. kalu korang dah kenal lama aku...surely tau aku dgn kucing mcm mn.... bil kucing aku pernah bela...dan ada bela skerang ni...tak terkira...kalu aku sebut2 nama... mo koma aku mengingatkan nye....
aku suka kucing...aku sayang kucing..aku dapat ketenangan dgn bercakap dgn kucing...aku gembira tengok kucing bergumpal main.....
kalu korang ada FB...korang suka kucing....korang support la pages ni,
perlawanan yg aku tgu2 sekian lama... hahhaha..... liverpool vs malaysia.... dua2 pun aku sokong.... so aku datang natural.... tiket aku di sponsor oleh anak sedara aku Muhammad Irfan Alif.yg berjaya besar dlm penjualan jersi2 bola nya... ahakss... tq Irfan...love u....
kuar umah 2.30...tpi parking dah jauh....5km tu jalan...cabut kaki aku!!..krem seyyy.... tapi berbaloi!... menyaksikan game ni memang best...cuma aku gelak tang penyokong ni.... ye la...mm lalang pun ye.... msia gol...sorak epi..lvpl gol..sorak gak....bila msia jatuh sbb lvpl...penyokong marah...dan begitu la sebalik nya..heheh...
ada jugak penyokong yg begitu bijak..dtg pakai baju manchester...udah nya tak berbaju!!...hahah...padan muka!!...
punya la ramai datang.... penuh stadium bukit jalil tu....no wonder la kan parking susah!!..
makanan n minuman???jgn sebut la harganya....beger bodoh...roti n daging kosong RM3!..air secawan rm2!..kuaci peket kecik rm3!...hahah..... koyak poket aku..tebal poket penjual!...
apa2 pun good game!... result 6-3..liverpool menang....tapi player msia bagus..gave good game!..
Sinopsis 3,2,1 CINTA:- MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Pendapat aku?.. citer KOSONG!!.. tak best lgsg!!.buang masa...buang duit ke tgk....
Malik adalah seorang yaang amat digeruni di kota Kuala Lumpur kerana kehebatannya. Dia telah membuat satu empayar gangster bersama sahabatnya King tapi malangnya dia telah diperangkap anak tiri King, Shark yang gila kuasa lalu dipenjarakan. Tenpoh Malik dalam penjara dah habis dan dia telah bebas. Niat dia adalah untuk mengubah masa lampau dan cuci tangan dari dunia gangster. Malangnya adik kandung nya Jai seorang yang tamak dan terlalu pentingkan wang juga telah menjadi salah seorang daripada gangster besar. Shark juga tidak putus-putus mencabar Malik…
---
ntah kenapa aku nak gak bagi tabik SPRING kat Shamsul Yusof ni... citer dia yg ni memang telah berjaya di Msia...dan paling penting...di ati aku la... aku suka cite ni... best!... aksi gado best... penceritaan pun ok.. pelakon2 mmg la ok (oj Aaronnnnn...encem!!!)...(Ery Putra kan? c Jai tu??...body!! yummyyyyyyyyyy..)...sapo jadi Ajib tuu???.. wa suka... "wa bgi lu wa punye SENGATTTT"... heheh... zizan?.. abg long Dil cap ayam je tu... ckp byk...aksi tarak...
bagi korang yg tak tgk lg...aku syorkan..tgkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Empat pelajar kolej yang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur terperangkap dalam kesesakan yang teruk sepanjang lebuh raya Karak. Disebabkan perlu menghadiri kuliah penting keesokan harinya, mereka membuat keputusan menggunakan jalan lama. Namun sebenarnya keputusan itu bakal menemukan mereka dengan suatu pengalaman baru.
cerita ni byk guna mitos2 lama yg mostl di ketahui umum tentang lebuhraya karak ni.. cerita dia ok..tak berapa seram , pada aku la, tapi.. graphik...aku tabik la.. mmg ok ....
pelakon dia...hehehhe...aku tak berapa kenal.. hahah...stended aku la mana nak kenal sgt depa ni.. bkn dpt untung pun kan....
Sejak aku tengok trailer dia. ntah kenapa aku nak tengok sgt citer ni.. mungkin sbb aku nak tgk Sam berlakon watak selain dari pelawak/ganster...atau aku nak tgk Miasara nasuha... kan ke budak tu comel gile...
aku bagi 3 bintang...cite dia ok...bleh layannnnnnn
Sinopsis: (Pendek) Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu?
note : ni lagu yg aku tgh suka buat masa ni... lirik best...lagu best...tp tgi giler...kompom diagfram aku tak leh support...heheh
Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut Hati merintih terkunci mulut membisu Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya Ku beranikan diri menongkah arus yang deras Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula Tuhan, hanya engkau mengerti Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah Tinggallah memori terpahat di dalam dada Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula Tuhan, hanya engkau mengerti Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan Tuhan, hanya engkau mengerti Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur Kan ku tetap berdiri teguh Ku bangkit semula Hanya titipkanlah doa Agar permataku terus bersinar Agar permataku terus bersinar