My life....My way... My Style....ME!!

jurnal about my life.. my feelings... my style... my preferences... so what???

 
Advertisements

My Love...
Allah s.w.t, Parents, Families, Friends, Purple, Cooking, Cats, SomeWan
My Old Blog

Milia @ Friendster

My Music


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com

Pics
Geng Memasak
Say it all out

ShoutMix chat widget
Perghhhhh,,.....
Wednesday, May 25, 2011

KOTA BHARU 16 Mei - Golden Gem, Birzaun Warrior dan Arabian Fair Lady. Tiga nama ini merupakan antara 50 kucing Bengal istimewa yang menjadi teman setia Hezlin Fazlina Abdul Nor di rumahnya di Kampung Jambu di sini.

Kasih sayang wanita berusia dalam lingkungan 30-an ini terhadap kucing memang tidak dapat digambarkan.

Bayangkan, jika sesetengah daripada kita mungkin terpaksa berpeluh kerana panas di rumah sendiri, tetapi kucing-kucing Bengal milik Hezlin Fazlina pula sibuk bermain di dalam sangkar masing-masing dalam suasana dingin yang terbit daripada pendingin hawa dengan lima kuasa kuda.

Hezlin Fazlina berkata, minatnya terhadap kucing Bengal menyebabkan dia sanggup mengimport haiwan tersebut dari luar negara, malah tiga nama kucing yang disebutkan di atas masing-masing berasal dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Katanya, kos yang agak tinggi merupakan perkara kedua kerana minatnya terhadap kucing membuatkan dia sanggup melaburkan wang ringgit.

"Saya mula bermain dengan kucing sejak kecil lagi, dan mula membela kucing jenis Bengal sejak enam tahun lalu yang dibeli dari luar negara.

"Kalau masuk ke dalam rumah saya, tidak ada apa-apa harta yang bernilai di dalam, itulah semua harta kesayangan saya," katanya sambil menuding ke arah kucing-kucing kesayangannya itu.

Di bahagian halaman rumahnya, Hezlin Fazlina membina sebuah kandang besar berdinding lutsinar lengkap dengan pendingin hawa untuk menempatkan sebahagian besar kucing di dalam sangkar masing-masing.

Syurga kucing milik Hezlin ini dinamakan Kittunkatz Bengals Cattery (Kittunkatz) yang turut didaftarkan di bawah Pertubuhan Kucing Sedunia USA (TICA) serta menjadi ahli kepada Persatuan Kucing Bengal Sedunia (TIBCS).

Jika pertama kali berkunjung ke Kittunkatz, kita mungkin tersalah sangka dan menganggap haiwan yang berada di dalam setiap sangkar itu adalah harimau bintang.

"Saya suka spesies kucing Bengal kerana wajahnya yang lebih eksotik serta warna bulunya yang berbintik-bintik seperti harimau bintang.

"Sebab itulah setiap kali bermain dengan kucing-kucing ini saya rasa seperti dikelilingi oleh harimau bintang," ujarnya.

Mengulas mengenai pembahagian masanya, menurut Hezlin Fazlina, sebagai isteri, dia amat bersyukur kerana memiliki suami yang sangat memahami minatnya itu.

Jelasnya, suaminya tidak pernah beralah dengannya jika perkara tersebut menyentuh soal kucing, malah sokongan yang diberikan tidak pernah berbelah-bahagi termasuklah dalam soal kewangan.

"Ketika mula-mula berkahwin, suami saya memang tidak meminati kucing tetapi akhirnya kami kini berkongsi minat yang sama.

"Suami saya juga sanggup membantu dengan mendapatkan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang kerjanya hanya menguruskan soal makan dan minum kucing-kucing peliharaan kami, bukannya kerja rumah seperti biasa," ujarnya yang bekerja di Butik D'sara Design Sdn. Bhd.

Bagi penggemar kucing di negara ini, nama Hezlin Fazlina yang berasal dari Pahang mungkin cukup dikenali kerana wanita ini selalu menyertai pertandingan kucing peringkat antarabangsa sama ada yang dianjurkan di negara ini atau pun di luar negara.

Terbaru, dalam Pertandingan Kucing Antarabangsa di Kuala Lumpur Disember lalu, Birzaun Warrior, seekor kucing jantan yang dibeli di Florida, Amerika Syarikat berjaya menjadi johan bagi kategori kucing berbulu pendek dan mendapat tempat kedua untuk kategori keseluruhan.

Hezlin Fazlina berkata, dia tidak pernah berkompromi dalam soal penjagaan kesihatan kucing, malah seorang doktor haiwan akan datang memeriksa kesihatan haiwan comel itu setiap minggu termasuk memberi suntikan vaksin.

Ketika ditanya jumlah wang yang telah dilaburkan untuk kucing-kucing itu termasuk perbelanjaan makan harian, Beliau memilih untuk merahsiakannya.

Malah, tegasnya, dia hanya menjual kucing kepada pembeli yang betul-betul diyakini mampu menjaga haiwan tersebut dan tempahan terbaru yang diperolehi adalah dari seorang pembeli di Jerman.

Jika kucing-kucing ini merupakan 'harta kesayangannya' sudah tentu Hezlin Fazlina akan memastikan keselamatan haiwan tersebut terjamin, justeru itulah dia kini turut membela seekor anjing rottweiler bagi menjaga kucing-kucing tersebut.

"Pada waktu siang, saya akan letakkan anjing ini di dalam kandang dan hanya melepaskannya di halaman rumah pada waktu malam untuk menjaga keselamatan kucing dan rumah ini sekali gus.

"Sekali dalam seminggu, anjing ini akan dilatih oleh jurulatih profesional bagi memastikan ia dapat menjalankan tugasnya dengan baik," katanya.

posted by Milia Amran @ 12:39 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
My Counter
HTML Hit Counters
Website Hit Counter
About Me

Name: Milia Amran
Home: Klang, Selangor, Malaysia
About Me: I am what.. I am.. http://www.facebook.com/neamran
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© My life....My way... My Style....ME!! .Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures