My life....My way... My Style....ME!!

jurnal about my life.. my feelings... my style... my preferences... so what???

 
Advertisements

My Love...
Allah s.w.t, Parents, Families, Friends, Purple, Cooking, Cats, SomeWan
My Old Blog

Milia @ Friendster

My Music


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com

Pics
Geng Memasak
Say it all out

ShoutMix chat widget
Buah Putat
Sunday, January 25, 2009

yang ni gambar di ambil dari net ek




korang tau apa ni?. ni la buah putat... selalu nyer di makan secara ulam..rasanya pahit2 kelat... makan dengan sambal belacan sedap ooooo... dah lama aku tak nampak buah ni... tetiba pagi tadi aku nampak kat pasar...tapi aku tak beli la, curi2 amik gambar jer... heheheheh....

apa yang bagusnya pasal buah/pokok putat ni??

Pokok putat mempunyai kelebihan kerana pucuk, daun matang, buah dan kulit batangnya masing-masing ada khasiat tersendiri.

Pucuknya boleh menjaga dan memulihara kulit, buahnya untuk menyembuhkan atau mengurangkan gatal-gatal manakala daunnya mengubati cacar air dan kulit batangnya pula bagi mengurangkan komplikasi resdung. Pokok putat atau nama saintifiknya Barringtonia racemosa agak sukar ditemui kecuali di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap.


Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, ke-rabu atau perencah laksa.

Bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih.

Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buah¬nya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

posted by Milia Amran @ 1:14 PM  
1 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
My Counter
HTML Hit Counters
Website Hit Counter
About Me

Name: Milia Amran
Home: Klang, Selangor, Malaysia
About Me: I am what.. I am.. http://www.facebook.com/neamran
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© My life....My way... My Style....ME!! .Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures