ni la buah mengkudu kalu korang tak pernah tengok
ni pokok mengkudu yg tumbuh bebas di rumah mak aku di Klang
dan ini plak pucuk mengkudu..elok di makan sebagai ulam
Korang pernah makan pucuk mengkudu?.. buah mengkudu?. setakat jus mengkudu aku pernah minum... buah aku tak pernah makan..begitu juga dgn pucuk nyer..
baru2 ni aku belajar makan pucuk mengkudu. pokok ni tumbuh melata di rumah mak aku... tak tanam pun..tapi subur naik nyer... buah memang lebat...
aku cuba makan pucuk nyer.. makan dgn sambal binjai.. rasa nya sedap!... ala..ulam2 kan.. dua ari berturut aku makan pucuk mengkudu yg aku celop dgn air panas... abah pun suka...cuma mak jer tak mo makan... lepas ni.pojek aku.. kerabu buah mengkudu... tguuuu
korang tau tak...khasiat mengkudu?? - Meransang haid: Buah yang masak dimakan
- Meningkatkan pengaliran haid: Air rebusan akar diminum
- Kencing manis: Jus buah segar di minum
- Pencuci rambut: Pulpa buah disapukan pada rambut
Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah. |
Post a Comment